Perkara Penting Mengenai Insurans Perlindungan Banjir Kenderaan Bermotor


Syarikat insurans di bawah PIAM menawarkan insurans perlindungan tambahan banjir di bawah Polisi Kenderaan (komprehensif) dan Polisi Kebakaran. Pengguna mempunyai pilihan untuk menambah perlindungan banjir, tertakluk kepada premium tambahan dan budi bicara penanggung insurans masing-masing.



Perlindungan Mampu Milik Dan Mudah Diakses

Kejadian banjir kilat di pelbagai kawasan telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan kerugian besar kepada individu, keluarga dan perniagaan. Banjir bukan lagi suatu perkara baharu dan semakin kerap terjadi akibat perubahan iklim, pemanasan global dan kesesakan pembangunan infrastruktur. Dengan itu, timbullah persoalan tentang kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir, serta kaedah untuk memulihkan kembali kerugian terhadap barangan peribadi dan perniagaan. 


Prasyarat Insurans Banjir

Dalam keadaan perubahan iklim yang tidak menentu ini, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan insurans terhadap banjir dan bencana alam yang lain. Sebagai contoh, terdapat hanya 4% Polisi Kenderaan (Komprehensif) dan 30% Polisi Kebakaran (Kerosakan Harta Benda) mengambil perlindungan banjir pada tahun 2021 (sehingga suku ketiga). 


Walaupun ramai rakyat Malaysia semakin mempunyai kesedaran untuk memperoleh perlindungan banjir sejak lima tahun lepas, namun kadarnya masih sangat rendah. Perlindungan banjir di bawah Polisi Kebakaran (Kerosakan Harta Benda) pula kekal rata pada kadar kira-kira 30% antara tahun 2017 sehingga 2021 (sehingga suku ketiga).      


 


Berdasarkan data yang dikumpul oleh Insurance Services Malaysia (ISM) bertarikh 5 Januari 2022.


Atas kesedaran mengenai kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat banjir baru-baru ini, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) ingin menyarankan agar pengguna mengambil atau membuat penambahan perlindungan banjir (peril khas). Kesemua syarikat insurans di bawah PIAM menawarkan insurans perlindungan tambahan banjir di bawah Polisi Kenderaan (komprehensif) dan Polisi Kebakaran. Di bawah polisi-polisi tersebut, pengguna mempunyai pilihan untuk menambah perlindungan banjir, tertakluk kepada premium tambahan dan budi bicara penanggung insurans masing-masing. 


Secara amnya, premium bagi penambahan perlindungan banjir bagi Polisi Bukan Tarif Motosikal (Komprehensif) boleh didapati daripada serendah RM10 setahun. (Nota: Ini adalah anggaran untuk motosikal di bawah 599cc).


Perlindungan Banjir Kenderaan Bermotor

Memandangkan perlindungan banjir adalah perlindungan tidak wajib di bawah polisi tarif standard kebakaran dan kenderaan, premium tambahan yang akan dikenakan untuk memasukkan perlindungan banjir, adalah seperti berikut:

  • Polisi Tarif KebakaranRM0.86 untuk setiap RM1,000 jumlah nilai yang diinsuranskan (0.086%)
  • Polisi Tarif MotorRM5 untuk setiap RM1,000 jumlah nilai yang diinsuranskan (0.5%)
  • Polisi Bukan TarifBerbeza antara satu polisi dengan polisi yang lain


Sebagai ilustrasi berdasarkan tiga jenis model kereta yang berbeza (bagi produk motor bukan tarif), premium perlindungan banjir tambahan yang perlu dibayar adalah antara 14 sen hingga RM1.78 sehari.



*NCD - 45%, kenderaan dikeluarkan pada tahun 2015.


Polisi Tarif Kebakaran Untuk Harta Kediaman: Premium Tambahan Yang Perlu Dibayar Untuk Perlindungan Banjir



Jadual di atas menunjukkan beberapa ilustrasi mengenai premium tambahan yang perlu dibayar untuk perlindungan banjir yang hanya merupakan contoh pengiraan berdasarkan andaian sahaja.


Dalam keadaan biasa, penambahan perlindungan pada pertengahan tempoh polisi adalah dibenarkan tertakluk kepada premium tambahan dan budi bicara *pengunderaitan penanggung insurans masing-masing. Pemegang polisi dinasihatkan untuk menyemak dengan ejen/penanggung insurans mereka untuk sebarang butiran dan bantuan lanjut. 




Dana Bantuan Banjir CSR yang ditubuhkan atas sumbangan daripada PIAM dan syarikat-syarikat ahlinya yang memberi subsidi terhad kepada semua jenis pemegang polisi termasuk Polisi Komprehensif dengan atau tanpa perlindungan banjir, Polisi Kebakaran dan Kecurian Pihak Ketiga dan Polisi Pihak Ketiga. Pemegang-pemegang polisi boleh melayari MyCSR-Flood.my untuk maklumat lanjut. Namun begitu, orang ramai digalakkan untuk mendapatkan perlindungan bencana banjir bagi melindungi risiko terhadap harta benda mereka.




*Pengunderaitan/Underwriting = Proses pemilihan dan pengelasan risiko yang dilakukan oleh pengendali takaful terhadap permohonan awal seseorang yang berminat untuk menyertai takaful.



Sumber: www.piam.org.my

More from PERANCANGAN KEWANGAN

Langkah berjaga-jaga dan berhemat sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur.