Penyelesaian Pertikaian Kewangan Alternatif Dan Tabiat Bijak Dalam Pelaburan 

Langkah berjaga-jaga dan berhemat sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur.



Tiada sesiapa yang ingin mengalami kerugian apabila membuat sesuatu pelaburan. Namun, hakikatnya kerugian merupakan salah satu risiko yang terpaksa ditanggung sebagai seorang pelabur.  


Walau bagaimanapun, risiko ini dapat dikurangkan atau diurus dengan baik jika anda mengambil beberapa langkah berjaga-jaga dan berhemat sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur. 





Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melabur, layari laman web InvestSmartĀ® di www.investsmartsc.my.


Selain daripada itu, jika terjadi sebarang pertikaian kewangan antara pelabur dan pengantara pasaran modal, pelabur boleh mendapatkan penyelesaian alternatif di Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti atau SIDREC. Walau bagaimanapun, pertikaian itu mestilah melibatkan  ahli-ahli SIDREC yang terdiri daripada bank (pelaburan, komersial dan Islam), beberapa institusi kewangan pembangunan,  penyedia dan pengedar skim persaraan swasta, broker saham, broker niaga hadapan, syarikat pengurusan unit amanah dan pengurusan dana yang berlesen dan/atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 



Perkhidmatan yang ditawarkan di SIDREC:



Pelabur juga boleh mengemukakan tuntutan kepada SIDREC melalui alamat emel info@sidrec.com.my atau dengan menghubungi 03-22822280. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sidrec.com.my



 

Sumber: www.sidrec.com.my

More from PERANCANGAN KEWANGAN

Syarikat insurans di bawah PIAM menawarkan insurans perlindungan tambahan banjir di bawah Polisi Kenderaan (komprehensif) dan Polisi Kebakaran. Pengguna mempunyai pilihan untuk menambah perlindungan banjir, tertakluk kepada premium tambahan dan budi bicara penanggung insurans masing-masing.