Tempahan untuk sesuatu majlis yang melibatkan penyedia perkhidmatan atau pembekal dikenali sebagai Kontrak Perkhidmatan Hadapan dan termaktub di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Ia merupakan satu kontrak antara pengguna dan pembekal atau penyedia perkhidmatan.
Para pengguna kemudiannya perlu memfailkan kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau TTPM. Setiap negeri mempunyai cawangan TTPM masing-masing. Kos untuk memfailkan kes ini adalah sebanyak RM5.00.
Di TTPM, pengguna perlu mengisi borang untuk memfailkan kes. Satu tarikh akan diberikan dan kedua-dua pihak iaitu pihak yang menuntut (pengadu) dan pihak penentang (pihak penjual/pembekal) perlu hadir. Seorang Presiden akan mengadili kes tuntutan bagi kedua-dua pihak. Prosedur untuk memfailkan kes boleh dirujuk di laman sesawang TTPM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di www.kpdnhep.gov.my.
Jadi kepada pengguna yang menghadapi masalah mengenai kontrak perkhidmatan hadapan dengan penyedia perkhidmatan atau pembekal, anda boleh melayari laman sesawang KPDNHEP untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Akhir kata, jadilah seorang pengguna yang bijak dan peka dengan hak-hak mereka.
Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)