Pengguna Perlu Bijak Kawal Pembelian, Elak Berbelanja Lebih
Oleh kerana kenaikan harga barang asas sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai cara yang boleh diambil untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian dengan menerapkan amalan konsep 5R dan lain-lain
Isu kenaikan harga barangan di negara ini bukanlah suatu perkara yang baharu, ianya berlaku hampir setiap tahun. Malah, isu ini merupakan isu global yang dihadapi di seluruh dunia sejak kebelakangan ini termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kenaikan mendadak harga barangan asas terutamanya barangan mentah seperti ayam, ikan, sayur dan sebagainya, secara tidak langsung memberikan tekanan kos sara hidup dan kesan mendadak kepada komitmen bulanan rakyat. Ini menyebabkan mereka mula mengamalkan gaya hidup berjimat cermat dan menilai setiap sen yang dikeluarkan, meskipun hanya untuk kegunaan barangan keperluan asas.
FOMCA ingin menasihatkan agar rakyat mengubah corak pembelian barangan bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan. Berbelanjalah untuk memupuk diri menjadi individu celik kewangan.
Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai bantuan seperti subsidi, kawalan harga barang oleh kerajaan dan juga tip penjimatan yang telah diberikan, apa yang penting adalah untuk sentiasa berbelanja secara berhemat kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Diharapkan segala cadangan dan nasihat kewangan yang diberikan dapat membantu pengguna di luar sana berjimat cermat tanpa perlu mengikat perut.
Dapatkan maklumat, alatan kewangan yang bersesuaian dengan keperluan anda di platform navigasi Financial Education Network (FEN) serta tip untuk bantu anda dalam uruskan kewangan dengan cara yang lebih baik di halaman Facebook FEN.