Kepentingan Penamaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda
Penamaan KWSP dapat menyelamatkan keluarga anda daripada tersepit dalam masalah kewangan
Siapa yang boleh membuat penamaan
Berumur 18 tahun ke atas
Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Kepentingan penamaan
Memendekkan proses pengeluaran
Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah
Memastikan waris mewarisi simpanan anda
Jika tiada penamaan
Sekiranya ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematian, waris ahli yang layak boleh menghantar permohonan pengeluaran kematian ke pejabat KWSP.
Semakan maklumat penamaan
Semak maklumat penamaan anda di mana-mana cawangan terdekat atau gunakan i-Akaun (Ahli) atau aplikasi mudah alih untuk akses yang lebih mudah dan cepat.
i-Akaun (untuk ahli berdaftar sahaja)
Aplikasi mudah alih i-Akaun (Ahli)
Kunjungi cawangan KWSP berdekatan anda
KWSP sentiasa berusaha untuk memudahkan akses KWSP untuk semua ahli dan majikan. Justeru itu, kesemua pejabat dan kios KWSP boleh didapati di lokasi-lokasi pusat bandar di seluruh negara untuk memudahkan pengurusan KWSP. Selain itu, sekiranya tempat tinggal anda jauh dari lokasi pejabat KWSP, Mobile Team KWSP akan membuat lawatan sepanjang tahun ke lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan. FOMCA menyarankan agar ahli KWSP dapat mengemaskini maklumat penamaan mereka bagi memudahkan agihan simpanan sekiranya berlaku kematian kelak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 – 8922600 atau layari laman sesawang di www.kwsp.gov.my.
Pelancaran Inisiatif Penbiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) diharapkan dapat membantu golongan B40 dan M40 dalam memiliki aset perumahan yang diingini
Modus operandi yang sering digunakan oleh suspek atau scammer ialah dengan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari LHDNM