Waspada Terhadap Sindiket Penipuan Percukaian 

Modus operandi yang sering digunakan oleh suspek atau scammer ialah dengan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari LHDNM



Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan modus operandi sindiket penipuan yang mengaitkan nama LHDNM.

 

Berwaspada! Jangan jadi mangsa 

  • Semak dengan LHDNM

- Panggilan ke HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 

- HASiL Live Chat
- Borang maklum balas di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ 
- Hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan;

  • Jangan dedahkan butiran perbankan terutamanya kata laluan perbankan Internet;
  • Jangan klik pada pautan yang diterima melalui e-mel yang meragukan;
  • Pastikan bayaran tunggakan cukai dibuat hanya kepada LHDNM;

- Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) atau Lembaga Hasil      Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

- Bayaran Duti Setem kepada Pemungut Duti Setem.

  • Jangan muat turun sebarang aplikasi yang diminta oleh pemanggil yang tidak dikenali
  • Jangan membuat panggilan semula kepada nombor telefon yang tidak dikenali. Semak nombor telefon LHDNM di portal rasmi LHDNM;
  • Semak Rangka Kerja Pungutan Cukai, Rangka Kerja Audit Cukai dan Rangka Kerja Siasatan Cukai dari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Perundangan untuk mengesahkan prosedur sahih aktiviti pungutan, audit dan siasatan cukai LHDNM;
  • Pastikan e-mel rasmi LHDNM menggunakan domain @hasil.gov.my


Sumber: www.hasil.gov.my

More from LANGKAH PRIHATIN

Pelancaran Inisiatif Penbiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) diharapkan dapat membantu golongan B40 dan M40 dalam memiliki aset perumahan yang diingini

Penamaan KWSP dapat menyelamatkan keluarga anda daripada tersepit dalam masalah kewangan