i-Lindung: Harga Yang Berpatutan Dan Mudah Untuk Keperluan Anda

i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA)




Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli untuk memudahkan pembelian produk insurans dan takaful. Platform ini menawarkan perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan serendah RM30 setahun daripada Akaun 2.


KWSP juga menyasarkan seramai 300,000 ahli (bagi tempoh setahun) akan melanggan pelan perlindungan ini melalui platform i-Lindung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP.


KWSP turut bekerjasama dengan syarikat insurans dan pengendali takaful iaitu FWD Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad dan Etiqa Family Takaful Berhad untuk menawarkan harga pakej perlindungan yang berpatutan. Dengan ini, ahli KWSP yang berpendapatan rendah juga mampu untuk mendapatkan perlindungan insurans dan takaful.


Apa itu i-Lindung?
i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli untuk mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.









Kesimpulannya, FOMCA berpendapat bahawa inisiatif yang ditawarkan amat berpatutan dan tidak membebankan ahli. Ini adalah satu inisiatif bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik.



Sumber: www.kwsp.gov.my