Skim Persaraan Swasta (PRS), Pilihan Untuk Belia

 Setiap individu disarankan agar menyediakan wang sara hidup sekurang-kurangnya dua per tiga (67%) daripada pendapatan terakhir mereka




Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme atau PRS) adalah sebuah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang secara sukarela yang membolehkan anda menyimpan lebih banyak untuk masa hadapan anda.


Sesuatu perkara yang menguntungkan lazimnya memerlukan masa dan usaha. PRS amat bersesuaian untuk golongan belia yang mungkin hanya mampu menyimpan dalam jumlah yang kecil, tetapi mempunyai masa yang masih panjang sebelum bersara. Walaupun anda mungkin mempunyai permulaan yang perlahan, usaha kecil anda bakal membuahkan hasil yang memberangsangkan setelah ia mendapat momentum. FOMCA berharap artikel ini dapat menjadi panduan asas untuk belia memulakan langkah pertama yang dapat membina kesejahteraan masa hadapan.


Berapa banyak yang perlu disimpan?

Mulakanlah dengan konsisten, walaupun dalam jumlah yang sedikit. Anda boleh mula menyimpan dengan serendah RM100 sebulan dan menaikkan jumlah simpanan secara berperingkat apabila pendapatan anda meningkat pada tahun-tahun akan datang. Walaupun anda bermula dengan jumlah yang kecil, anda masih boleh meraih ganjaran yang menguntungkan pada masa hadapan.




Setiap individu disarankan agar menyediakan wang sara hidup sekurang-kurangnya dua per tiga (67%) daripada pendapatan terakhir mereka. Ini membolehkan mereka mengekalkan gaya hidup yang ada sekarang pada waktu bersara kelak. Dengan menggunakan kalkulator persaraan Private Pension Administrator Malaysia (PPA) sebagai panduan, anda boleh mengira berapa jumlah yang anda perlu simpan sebagai persediaan persaraan.


Lakukan semuanya melalui PPA dengan PRS Online

Mudah, selesa dan selamat. Anda boleh mendaftar untuk akaun PRS atau tambah nilai akaun PRS anda secara dalam talian melalui aplikasi PRS Online, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


Bagi pemohon berumur 30 tahun dan ke bawah, anda boleh nikmati caj jualan 0% apabila anda mendaftar melalui PPA dengan PRS Online.




PRS direka untuk memenuhi keperluan anda

PRS mempunyai 8 Penyedia PRS yang menawarkan pelbagai dana (Konvensional atau Patuh Syariah) yang ditubuhkan dengan tahap risiko yang berbeza.


Sekiranya anda tidak pasti dana jenis mana yang hendak dipilih, anda boleh membuat pilihan yang ditetapkan untuk dana teras. Ia secara automatik akan memperuntukkan anda kepada dana PRS berdasarkan kumpulan umur anda. Selain daripada itu, anda juga boleh memilih dana PRS berdasarkan kemampuan dan risiko anda.


Sekarang adalah masa yang terbaik untuk mulakan simpanan persaraan anda

Semakin awal anda mula menyimpan, semakin lama wang anda mempunyai masa untuk bertambah. Mulakan simpanan wang anda dan biarkan pertumbuhan kompaun bertambah bagaikan Magic.  



Pertumbuhan kompaun 101

Walaupun dalam jumlah yang kecil, ianya tetap bertambah

Dengan pengkompaunan, jumlah yang kecil boleh bertambah dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, jika anda menabung RM25 seminggu selama 30 tahun, anda akan mendapat RM39,000. Namun, jika anda membuat pelaburan, berikut ialah potensi jumlah yang boleh berkembang.



Bagaimanakah pertumbuhan kompaun berfungsi?



Contoh situasi: Mari kita lihat situasi dua rakan sekerja, Maria dan Jeff. Pada usia 60 tahun, Maria mempunyai simpanan yang lebih besar kerana dia mula menyimpan sejak awal, walaupun caruman bulanannya lebih rendah.


Justeru itu, lakukan keputusan yang bijak untuk menikmati lebih banyak manfaat bagi kehidupan anda selepas bersara.




Untuk maklumat lanjut mengenai PRS untuk belia, layari laman sesawang www.ppa.my atau boleh berhubung di talian 1300-131-772.


Sumber: www.ppa.my

More from PERANCANGAN KEWANGAN

Hutang adalah usaha yang kita lakukan untuk membeli atau memiliki sesuatu di luar kemampuan kita