Pengenalan Tentang Smart Meter

Permulaan bijak kepada penggunaan tenaga


DUNIA Smart Meter, anda bayar apa yang anda guna. Lebih menarik, Smart Meter dapat memperkasakan pengguna melalui cara penjimatan bil elektrik dan secara asasnya untuk menuju ke arah pengurangan pengeluaran karbon.

Peta dunia status pemasangan Smart Meter

Lebih daripada satu bilion Smart Meter telah dipasang di seluruh dunia bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan pencemaran bahan api fosil. Smart Meter mencatat dan menyampaikan data penggunaan tenaga elektrik kepada pembekal bagi tujuan pemantauan dan pengebilan serta meningkatkan kelestarian alam sekitar.


Setakat ini, lebih tiga juta pengguna telah memiliki Smart Meter di beberapa kawasan sekitar Semenanjung Malaysia. Di mana kita boleh lihat daripada rajah di atas, pemasangan Smart Meter adalah secara berperingkat dan kini sedang berada di Regulatory Period 3 (RP3). Projek pemasangan Smart Meter di Malaysia ini bermula di kawasan Melaka dan Putrajaya sebagai adalah Projek Perintis iaitu sebanyak 1,000 unit sahaja dipasang sebagai kajian kebolehlaksanaan bagi projek Smart Meter ini.

Kesan positif kepada penduduk yang telah menggunakan Smart Meter dapat dilihat di mana mereka telah mendapat bacaan yang lebih tepat bagi penggunaan tenaga di rumah. Dengan penggunaan Smart Meter, anda hanya perlu bayar tenaga yang anda guna pada setiap bulan

Suruhanjaya Tenaga menyambut baik inisiatif pemasangan Smart Meter ini dan matlamat utama adalah untuk memastikan lebih kurang 9.1 juta unit Smart Meter dipasang di premis-premis secara PERCUMA.

Smart Meter telah diatur bagi mendapatkan bacaan jauh secara tepat dan ianya adalah wajah bagi Advanced Metering Infrastructure (AMI), di mana ianya merupakan salah satu daripada smart grid. AMI menggunakan komunikasi 2-hala di antara pengguna: Smart Meter, jaringan komunikasi dan juga sistem AMI yang memproses data pengebilan. Smart Meter mengumpul dan menghantar data daripada meter melalui jaringan komunikasi kepada sistem TNB secara harian. Data tersebut kemudian akan diproses untuk pelbagai tujuan termasuk penyediaan bil bulanan.

Terdapat 7 fungsi Smart Meter, di mana 3 fungsi telah tersedia dalam aplikasi myTNB, sementara 4 fungsi lainnya sedang dalam ujian perintis. 3 fungsi Smart Meter yang telah tersedia adalah: 

  1. Bil elektrik dengan bacaan sebenar dan diterima tepat pada masanya.
  2. Pengguna dapat memantau penggunaan tenaga melalui profil harian.
  3. Pengguna dapat mengurus penggunaan tenaga melalui penetapan had bulanan pengunaan tenaga (Energy Budget).

Infografik di bawah menunjukkan manfaat Smart Meter kepada anda.





Sumber: Advanced Metering Infrastructure (AMI)