Peralihan Tenaga Bersih: Kepentingan Pendidikan Dan Perubahan Tingkah Laku Masyarakat

Pembangunan yang semakin pesat serta perubahan aktiviti sosial berlaku secara meluas di seluruh dunia, termasuklah Malaysia yang mengakibatkan perubahan iklim yang semakin teruk. Antara masalah paling kritikal yang menyebabkan perubahan iklim adalah pelepasan gas rumah hijau yang berlebihan.

Apakah gas rumah hijau ini? 

Gas rumah hijau terdiri daripada karbon dioksida (CO2) , wap air (H2O), ozon (O3), gas metana (CH4) dan gasklorofluorokarbon (CFC) di mana ianya wujud secara semulajadi kesan daripada aktiviti harian manusia.
Secara asasnya, gas rumah hijau diperlukan bagi menyerap haba kemudian memancarkan kembali sinaran
inframerah (infrared) yang dikeluarkan oleh matahari. Tujuannya adalah untuk memberikan haba kepada bumi
yang menjadikan sesuai untuk didiami dan tanpa gas-gas ini, bumi akan menjadi terlalu sejuk. Namun sejak revolusi industri, di mana berlaku perubahan besar dalam sektor pertanian, pembuatan dan pengangkutan memaksa manusia untuk membakar sejumlah besar arang dan petroleum bagi menghasilkan haba dan elektrik. Akibatnya pelepasan gas CO2 yang berlebihan ke atmosfera mengakibatkan peningkatan suhu bumi dan fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau.


Secara keseluruhan, pendidikan dan perubahan tingkah laku masyarakat memainkan peranan yang penting untuk menuju ke arah peralihan tenaga bersih. Sudah menjadi tanggungjawab  kerajaan dan syarikat utiliti di Malaysia untuk menyokong dan melaksanakan program yang membawa kepada perubahan tingkah laku masyarakat tidak kira had umur dan termasuk juga program promosi penggunaan tenaga boleh baharu. 


Sumber: Editor Water and Energy Consumer Association of Malaysia (WECAM), 3 Mac 2023