Pengenalan Tentang Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) 3.0 Oleh SEDA Malaysia

Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM) merupakan insentif solar bagi meningkatkan penggunaan tenaga solar dalam kalangan pengguna di Malaysia.



Kerajaan telah memperkenalkan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) pada bulan November 2016 dengan peruntukan kuota sebanyak 500MW sehingga tahun 2020. Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia. NEM merupakan satu konsep di mana tenaga yang dihasilkan dari pepasangan sistem fotovolta suria akan digunakan terlebih dahulu dan sebarang tenaga lebihan akan dieksport ke grid TNB berdasarkan Kos Pembekalan (Displaced Cost) semasa.




Untuk menggalakkan penggunaan Skim NEM, NEM 2.0 telah diperkenalkan pada 1 Januari 2019 dan konsep pemeteran tenaga bersih sebenar (true net energy metering) diwujudkan. Sebarang lebihan tenaga yang dihasilkan daripada pepasangan fotovolta suria akan dieksport ke grid TNB berdasarkan pengimbangan one-on-one offset”. Program NEM telah dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia sebagai agensi pelaksana. Kuota 500MW di bawah NEM 2.0 telah dilanggan sepenuhnya pada 31 Disember 2020.


Oleh kerana sambutan yang sungguh menggalakkan daripada industri foltovolta suria serta dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan tenaga suria, Menteri Tenaga dan Sumber Asli melalui kenyataan akhbar KeTSA bertarikh 29 Dis 2020,  telah memperkenalkan program Pemeteran Tenaga Bersih 3.0 (NEM 3.0). Ia bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang kepada pengguna elektrik untuk menjimatkan bil elektrik melalui pemasangan sistem fotovolta suria di premis mereka.


Program NEM 3.0 akan berkuat kuasa dari tahun 2021 sehingga tahun 2023 dan jumlah peruntukan kuota bagi program ini adalah sebanyak 1050MW. Program NEM 3.0 akan dibahagikan kepada tiga (3) inisiatif / kategori baru seperti berikut:-


Manfaat NEM Rakyat
Tenaga yang dihasilkan oleh pengguna NEM Rakyat akan digunakan terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan tenaga yang diimport daripada pembekal utiliti elektrik berkurangan. Di kebanyakan negara lain, program NEM dapat melindungi pengguna domestik dari kenaikan kadar tarif elektrik di masa akan datang. Ianya amat relevan terutamanya kepada pengguna yang berada di bawah kadar tarif elektrik yang tinggi.


Lebihan tenaga yang tidak digunakan akan dieksport ke grid TNB berdasarkan kadar pengimbangan one-on-one offset. Keutamaannya adalah untuk penggunaan sendiri, namun kebanyakan pengguna domestik mungkin tidak berada di dalam rumah semasa hari bekerja dan mungkin mempunyai lebihan tenaga yang boleh dieksport ke grid. Lebihan tenaga tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pengguna dan boleh digunakan semula dalam tempoh maksimum 12 bulan.


Untuk maklumat lanjut mengenai NEM 3.0, sila layari laman sesawang Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia di www.seda.gov.my/reportal.


Sumber: Strategic Communications Division, Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia