Malaysia telah meneroka inovasi masa depan seperti yang telah dihuraikan oleh Ir. Dr. Leong, seperti penggunaan bas tanpa pemandu dan sistem lalu lintas yang menggunakan sensor untuk menyesuaikan lampu lalu lintas secara dinamik berdasarkan aliran trafik semasa.
Di mana kita berada sekarang dan di mana kita boleh berada
Tidak menghairankan bahawa jalan raya di Malaysia kini kian sesak. Setakat tahun 2014, Malaysia memiliki kadar pemilikan kereta ketiga tertinggi di dunia, dengan 93% isi rumah memiliki kereta. Pada tahun 2014, hanya 17% penumpang di Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam, berbanding dengan 62% di Singapura dan 89% di Hong Kong. Walaupun 17% mungkin kelihatan kecil pada masa ini, jumlah ini sedang berkembang dengan pesat.
Kesesakan lalu lintas merencatkan manfaat urbanisasi. Pertumbuhan pesat kawasan bandar di Malaysia menggalakkan peningkatan produktiviti dan memberi akses kepada peluang ekonomi. Ini seterusnya dapat membantu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan. Namun, dengan kadar pertambahan kenderaan persendirian yang semakin tinggi di jalan raya dan ditambah pula dengan ketersediaan sistem pengangkutan awam yang masih lemah, kesesakan lalu lintas telah menjadi masalah yang serius. Selain itu, usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO²) daripada kenderaan nampaknya masih jauh dari sasaran, dan terasa seperti satu aspirasi yang jauh daripada realiti.
Kekurangan perancangan adalah rintangan utama dalam penyampaian sistem pengangkutan bandar yang cekap. Dengan manfaat ITIS dan penumpuan yang lebih utama kepada kelestarian pengangkutan bandar yang amat bermakna kepada rakyat Malaysia, maka kita akan lebih cepat untuk mencapai ke arah bandar dan negara yang lebih bahagia, makmur dan bersih.
Sumber: Pegawai Penyelidik Jeffrey Sachs Centre, Sunway University