Manfaat Program Green Electricity Tariff (GET)

Dengan pelaksanaan Program GET, pelanggan akan mempunyai pilihan untuk membeli bekalan elektrik rendah karbon tanpa perlu memasang bumbung solar mereka sendiri atau pemasangan tenaga boleh baharu yang lain.


Program Tarif Elektrik Hijau atau Green Electricity Tariff (GET) telah diperkenalkan bagi menawarkan bekalan elektrik hijau daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pengguna elektrik yang mempunyai komitmen Environmental (alam sekitar), Social (sosial) and Governance (tadbir urus) - (ESG), untuk mengurangkan jejak karbon akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun ini iaitu tahun 2024.


Program yang mula dilaksanakan pada tahun 2022 ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam menyokong aspirasi negara ke arah negara neutral karbon pada tahun 2050.

Pengguna yang melanggan GET akan dibekalkan dengan bekalan elektrik daripada sumber TBB yang dijana daripada loji jana kuasa solar dan hidro yang sedang beroperasi. Mereka juga akan mendapat sijil yang mengesahkan bahawa bekalan elektrik tersebut diperolehi daripada sumber TBB melalui Sijil Penggunaan Tenaga Boleh Baharu Malaysia atau Malaysia Renewable Energy Certificate (mREC), yang didaftarkan dengan badan persijilan antarabangsa.



Pada bulan Julai 2023, Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan kadar premium GET kepada 21.8sen/kWj yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2023. Ini adalah berdasarkan kepada penanda aras penetapan harga runcit bekalan elektrik hijau di negara jiran yang menawarkan produk yang serupa.

Dengan pelaksanaan Program GET, pelanggan akan mempunyai pilihan untuk membeli bekalan elektrik rendah karbon tanpa perlu memasang bumbung solar mereka sendiri atau pemasangan tenaga boleh baharu yang lain.

Sumber tenaga boleh baharu untuk Program GET dijana oleh loji tenaga solar di bawah Program Solar Skala Besar (LSS) dan stesen janakuasa hidro TNB dan/atau anak syarikatnya dan mana-mana loji tenaga boleh baharu lain yang mungkin diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Pelanggan yang mendaftar dalam program GET akan menerima Sijil Tenaga Boleh Baharu Malaysia (mREC) selepas tamat tahun kalendar.

Perubahan kepada terma dan syarat GET tertakluk kepada semakan Kerajaan dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut tentang GET, sila hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau layari www.tnb.com.my/get.


Sumber: Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)