Scammer? Jangan Jadi Mangsa Mereka!

Baik masyarakat umum mahupun usahawan, anda dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket tipu muslihat kewangan atau lebih dikenali sebagai scammer



Kemajuan teknologi komunikasi masa kini semakin meluas penggunaannya baik untuk tujuan peribadi mahupun perniagaan. Berselari dengan perkembangan ini, media sosial menjadi jaringan komunikasi utama bagi individu dan usahawan untuk berhubung, mencari dan menyebarkan maklumat.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), capaian isi rumah kepada Internet di negara ini telah meningkat kepada 97.7% pada tahun 2023 berbanding dengan 96% pada tahun 2022. Penggunaan Internet yang tertinggi pula ialah akses terhadap media sosial.

Ini merupakan satu perkembangan yang baik dari sudut penggunaan teknologi oleh rakyat Malaysia. Namun, kepesatan pembangunan dan kecanggihan teknologi ini turut disalahgunakan oleh segelintir individu untuk menipu masyarakat demi kehendak dan keuntungan peribadi. Golongan ini ialah sindiket penipuan kewangan atau lebih dikenali sebagai scammer.


Tipu muslihat yang dilakukan oleh sindiket penipuan ini bukan sahaja disasarkan kepada individu, malah juga kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Semuanya demi mendapatkan keuntungan yang besar terutamanya ketika ramai usahawan terjejas dari aspek kewangan sewaktu pandemik yang lalu.

Baik masyarakat umum mahupun usahawan, anda dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap tipu muslihat sindiket penipuan yang menawarkan janji manis yang memperdayakan.



Kesimpulannya, anda digalakkan untuk mengkaji secara terperinci sebelum melakukan sebarang tindakan dan keputusan terutamanya melibatkan individu yang tidak kenali. Bekalkan diri dengan ilmu agar anda dapat mengenal pasti jenis skim penipuan yang digunakan oleh sindiket dan seterusnya menghindarkan diri daripada menjadi mangsa mereka. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)