Energy Budget: Ciri myTNB Yang Membantu Anda Menjadi Pengguna Bijak

Demi meningkatkan amalan penjimatan tenaga secara digital, aplikasi myTNB memperkasakan pelanggan dengan ciri pemantauan penggunaan tenaga harian dengan lebih mendalam.


DUNIA semakin beralih kepada pendekatan digital, di mana penggunaan bahan fizikal seperti kertas dan pen semakin berkurangan dalam kegiatan harian. Selaras dengan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB), selaku syarikat utiliti elektrik terulung di Malaysia, telah memperkenalkan Smart Meter untuk pengguna. Setakat ini, terdapat lebih 3.8 juta premis di sebahagian kawasan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Ipoh, Putrajaya, Cyberjaya, Langkawi, Kuala Nerang, Melaka, dan Pulau Tenaga Hijau (Pulau Perhentian dan Pulau Redang) telah dipasang dengan Smart Meter.

Smart Meter membolehkan pengguna memantau dan mengurus penggunaan tenaga harian mereka melalui aplikasi myTNB. Aplikasi myTNB juga akan membolehkan pengguna melihat bil elektrik terkini dan terdahulu, dan pembayaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Pendekatan ini mengurangkan kebergantungan pada bil kertas. Akses terhadap semua maklumat yang diperlukan melalui aplikasi myTNB ini bukan sahaja menguntungkan anda, tetapi juga baik untuk alam sekitar.

Kawal penggunaan dengan Energy Budget

Tekan pada butang ‘Get Started!’ dan anda boleh menetapkan Energy Budget dengan menekan butang ‘Set Now’. Pelanggan yang memiliki lebih dari satu kediaman dengan akaun Smart Meter, perlu memilih akaun yang berkaitan untuk menetapkan Energy Budget pada premis tersebut. Selepas itu, anda boleh menetapkan had bajet (dalam RM) dan tekan pada ‘Save New Budget’.


Anda boleh merujuk kepada paparan bar menegak yang memberikan gambaran jelas berapa banyak tenaga yang telah digunakan dan baki yang tinggal berdasarkan had bajet anda. Anda juga akan menerima notifikasi apabila penggunaan mencecah 75% dan 100% daripada had yang anda tetapkan melalui Energy Budget. Anda tidak perlu bimbang jika Energy Budget anda telah mencecah 100%. Bekalan elektrik anda tidak akan terputus. Namun, anda boleh menganalisa dan membuat penyesuaian yang diperlukan agar penggunaan elektrik pada masa hadapan lebih terkawal.


Untuk pemasangan Smart Meter, anda akan mendapat surat rasmi daripada TNB untuk memaklumkan rumah anda telah dikenal pasti bagi pemasangan Smart Meter. Seterusnya, pemasangan dan penyambungan akan dilakukan oleh pihak TNB. Smart Meter telah berjaya dipasang di sebahagian kawasan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Ipoh, Putrajaya, Cyberjaya, Langkawi, Kuala Nerang, Melaka, dan Pulau Tenaga Hijau (Pulau Perhentian dan Pulau Redang). Pemasangan Smart Meter ini adalah percuma.

Sumber: Advance Infrastructuring Meter (AMI), TNB