Inisiatif Pemasangan Smart Meter
FOMCA telah bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memberikan kesedaran kepada pengguna bahawa penggunaan tenaga yang cekap dapat membantu mengurangkan kos bil elektrik.
Smart Meter, anda bayar apa yang anda guna. Lebih menarik, Smart Meter dapat memperkasakan pengguna melalui cara penjimatan bil elektrik dan secara asasnya untuk menuju ke arah pengurangan pengeluaran karbon.
Smart Meter adalah langkah penting untuk menuju masa depan yang lebih hijau dan lestari. Teknologi ini dapat membantu pengguna untuk memantau penggunaan tenaga elektrik mereka, mengurangkan penggunaan tenaga yang tidak perlu dan seterusnya mengurangkan kos bil elektrik. Sehubungan dengan itu, FOMCA telah bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memberikan kesedaran kepada pengguna bahawa penggunaan tenaga yang cekap dapat membantu mengurangkan kos bil elektrik.
Dengan teknologi Smart Meter, pengguna boleh menjadi pengguna yang cekap tenaga dengan cara memantau profil penggunaan elektrik secara harian melalui aplikasi myTNB. Namun begitu, terdapat maklumat yang tidak sahih mengenai Smart Meter yang mengatakan Smart Meter boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna dan bil elektrik akan menjadi lebih mahal.
Justeru, FOMCA merasakan program Pendidikan Pengguna adalah cara yang terbaik untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap Smart Meter. Terdapat 3 kategori yang menjadi kumpulan sasaran program ini iaitu Komuniti, Institut Pengajian Tinggi (IPT), dan Pelajar Sekolah (Rendah dan Menengah).
Sebelum program Pendidikan Pengguna ini dijalankan, pihak FOMCA akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak yang berkepentingan seperti Ketua Komuniti, Pengerusi Penduduk, Barisan Pentadbir Universiti, Sekolah, dan sebagainya untuk menentukan tarikh program. Program ini juga dijalankan secara bersemuka untuk meningkatkan kefahaman dan menggalakkan komunikasi dua hala bersama peserta program.
Rajah 1: Jumlah pemasangan sebahagian Smart Meter bagi Pengguna Kuasa Biasa atau Ordinary Power Consumer (OPC) di negeri Pulau Pinang, Johor Bahru, Iskandar Puteri, dan Ipoh berdasarkan sumber daripada Team Advanced Metering Infrastructure (AMI), Tenaga Nasional Berhad (TNB). *Data terkini iaitu setakat Jun 2024.
Perkembangan semasa pemasangan Smart Meter
Smart Meter telah dilaksanakan di Semenanjung Malaysia bermula pada tahun 2021. Sehingga kini telah terdapat lebih 4 juta premis bagi Pengguna Kuasa Biasa atau Ordinary Power Consumer (OPC) di sebahagian kawasan di Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Ipoh, Putrajaya, Cyberjaya, Langkawi, Kuala Nerang, dan Pulau Tenaga Hijau (Pulau Perhentian dan Pulau Redang) yang telah dipasang dengan Smart Meter.
Fokus utama artikel ini adalah mengenai perkembangan semasa pemasangan Smart Meter di negeri Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, dan Iskandar Puteri.
Rajah 2: Tempoh permulaan pemasangan Smart Meter bagi negeri Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru dan Iskandar Puteri.
Rajah 3: Jumlah unit Smart Meter yang telah dipasang bagi negeri Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru dan Iskandar Puteri.
Program Pendidikan Pengguna mengenai Smart Meter yang dilaksanakan oleh FOMCA
Setakat Jun 2024, FOMCA telah mengadakan sebanyak 119 program Pendidikan Pengguna mengenai Smart Meter di beberapa buah sekolah, IPT dan Komuniti di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Iskandar Puteri, dan Ipoh. Berikut merupakan pecahan bagi program tersebut:
2024 “At a Glance”
Maklum balas peserta selepas program Pendidikan Pengguna
Melalui program pendidikan ini, semua peserta program diberikan borang soal selidik untuk menilai tahap pemahaman mereka tentang Smart Meter dan Kecekapan Tenaga. Antara topik utama program pendidikan ini adalah:
- Pengguna dapat memahami maklumat yang disampaikan oleh penceramah dan dapat merancang penggunaan elektrik secara berhemah.
- Memantau penggunaan elektrik dengan lebih efisien melalui penggunaan apliimg kasi myTNB.
- Dapat mengetahui hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.
Testimoni peserta yang hadir
FOMCA menjangkakan untuk meneruskan program Pendidikan Pengguna mengenai Smart Meter di negeri Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Terengganu pada Kawal Setia 4 (Regulatory Period 4) yang dijangkakan bermula pada tahun 2025.
Kesimpulannya, FOMCA berharap dengan adanya program Pendidikan Pengguna ini diharap dapat mendidik masyarakat dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai Advanced Metering Infrastructure (AMI) atau Smart Meter yang akan memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Sekiranya terdapat Persatuan Penduduk/Komuniti yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Smart Meter, FOMCA sangat mengalu-alukan untuk menjalankan program Pendidikan Pengguna ini bersama dengan Persatuan Penduduk/Komuniti tersebut supaya semua pihak dapat memanfaatkan teknologi Smart Meter ini sambil mengurangkan kos bil elektrik masing-masing.
Sumber: Advanced Metering Infrastructure (AMI) dan FOMCA