Perkara Yang Perlu Diketahui Mengenai Bil Elektrik Anda

Sebagai langkah penjimatan, adalah penting untuk anda mengetahui cara-cara penggunaan elektrik yang efisien.



Duduk terlalu lama di rumah ketika cuaca panas boleh mengakibatkan bil elektrik anda melambung tinggi. Oleh itu, sebagai langkah penjimatan, adalah penting untuk anda mengetahui cara- cara penggunaan elektrik yang efisien.


Fahami bil anda terlebih dahulu

Sebelum melaksanakan langkah-langkah penjimatan, anda perlu memahami bil elektrik anda terlebih dahulu.


Jumlah tenaga yang anda gunakan diukur menggunakan kWj (kilowatt jam). Satu kilowatt jam merujuk kepada jumlah tenaga yang diperlukan untuk menjalankan peranti 1,000 watt selama 1 jam.


Sebagai contoh, peranti 500 watt yang digunakan selama 2 jam mempunyai pengiraan 1 kWj. Begitu juga keadaannya dengan peranti 2000 watt yang digunakan selama 30 minit. Ia juga mempunyai pengiraan tenaga 1 kWj.


Oleh itu, jika anda menggunakan lebih banyak peralatan di rumah yang menggunakan watt tinggi, maka anda akan menggunakan lebih banyak elektrik berdasarkan tempoh masa penggunaan peralatan tersebut.


Secara umumnya, lebih banyak elektrik yang digunakan, maka lebih tinggi kadar bil yang bakal anda terima. Namun, bil elektrik anda mempunyai beberapa tahap caj yang berbeza mengikut jumlah penggunaan.


Untuk pengguna domestik di rumah, terdapat lima blok tarif yang ditetapkan oleh kerajaan dan dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu:




Seterusnya, cukai perkhidmatan (ST) 8% akan dikenakan untuk penggunaan melebihi 600 kWj dan tempoh bil melebihi 28 hari, sementara caj KWTBB (Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu*) sebanyak 1.6% akan dikenakan sekiranya penggunaan melebihi 300kWj. Penggunaan di bawah 600kWj tidak dikenakan ST.


Contohnya, sekiranya jumlah penggunaan anda ialah 800kWj, hanya 200kWj akan dikenakan ST sebanyak 8% jika tempoh bil melebihi 28 hari dan caj KWTTB sebanyak 1.6% akan dikenakan berdasarkan penggunaan 800kWj



*Caj KWTBB adalah caj yang dikumpulkan oleh Kerajaan melalui penggunaan elektrik pengguna. Pengumpulan ini akan digunakan untuk mempromosikan pertumbuhan penjanaan elektrik dari sumber tenaga boleh baharu.




Pengiraan di atas menunjukkan penggunaan yang lebih tinggi akan dikenakan kadar tarif yang lebih tinggi. Ini bertujuan untuk mendorong tabiat penggunaan yang lebih baik dan mengurangkan pembaziran. Kadar 300 kWj ke atas adalah 2 kali ganda lebih mahal daripada kadar 100 kWj pertama. Malah, kadar penggunaan yang melebihi 300 kWj akan dikenakan caj KWTBB sebanyak 1.6%.


Kesimpulannya, apabila pengguna memahami sistem blok penggunaan tarif yang digunakan, mereka akan lebih peka terhadap kepentingan penggunaan elektrik yang efisien untuk mengelakkan pembayaran berlebihan.


Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB), Artikel kandungan berjenama (Akhbar Berita Harian)