PRS membantu meningkatkan pilihan sedia ada bagi rakyat Malaysia sama ada bermajikan atau bekerja sendiri, untuk menyalurkan simpanan persaraan menggunakan struktur pembayaran yang terkawal
Apakah Skim Persaraan Swasta (PRS)? Beli Sekarang, Skim Persaraan Swasta (PRS) merupakan skim simpanan dan pelaburan sukarela jangka panjang yang diwujudkan untuk penjimatan persaraan yang lebih banyak. PRS membantu meningkatkan pilihan sedia ada bagi rakyat Malaysia sama ada bermajikan atau bekerja sendiri, untuk menyalurkan simpanan persaraan menggunakan struktur pembayaran yang terkawal.
Ia membolehkan anda menikmati penjimatan cukai tambahan. Anda boleh menikmati pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setahun* di samping pelepasan cukai sebanyak RM6,000 setahun bagi caruman simpanan persaraan mandatori dan premium insurans/takaful hayat. Ini mungkin sebanyak RM840 setahun (bergantung kepada kurungan cukai anda).
*Caruman ke dalam PRS dan anuiti tertunda berkuat kuasa dari tahun taksiran 2012 hingga 2025.
Individu-individu yang berumur 18 tahun ke atas (warganegara Malaysia dan warga asing*) layak untuk mendaftar dalam skim ini dan penyertaan keahlian adalah secara sukarela. Majikan juga boleh memilih untuk mencarum bagi pihak pekerja.
*Sila ambil perhatian bahawa mana-mana penduduk tetap Amerika Syarikat (termasuk warganegara AS yang tinggal di Malaysia) tidak dibenarkan menyertai Principal PRS Plus dan Principal Islamic PRS Plus.