Smart Meter: Keupayaan Pemantauan Profil Data Penggunaan
Pengguna boleh memantau kadar penggunaan tenaga elektrik di kediaman mereka pada bila-bila masa dan di mana jua dengan hanya melalui aplikasi dan portal myTNB.
Setiap kediaman yang mempunyai bekalan tenaga elektrik di negara ini mempunyai meter elektrik untuk mengukur kadar penggunaan tenaga elektrik di kediaman tersebut. Cara untuk membaca meter tersebut pula bergantung kepada jenis meter yang dipasang. Bagi pengguna meter konvensional, mereka perlu menunggu pembaca meter datang ke rumah dan membacanya secara terus daripada meter elektrik untuk mendapatkan bacaan secara bulanan.
Ini berbeza dengan pengguna Smart Meter. Mereka boleh memantau penggunaan semasa melalui aplikasi myTNB walaupun bil bulanan rasmi belum dikeluarkan. Ini bermaksud, pengguna Smart Meter tidak lagi memerlukan pembaca meter di rumah kediaman mereka.
Kelebihan Smart Meter
Smart Meter mempunyai skrin paparan elektronik yang boleh memaparkan pelbagai data seperti penggunaan kuasa puncak, penggunaan kuasa aktif dan reaktif serta fungsi yang lain. Berbanding dengan meter konvensional, Smart Meter jauh lebih mudah dibaca. Smart Meter membolehkan pengguna memantau kadar penggunaan tenaga elektrik di kediaman mereka melalui aplikasi myTNB. Selain itu, Smart Meter juga membolehkan pengguna melihat dengan lebih tepat jumlah dan waktu penggunaan tenaga elektrik secara harian dan bulanan.
Pengguna boleh memantau kadar penggunaan tenaga elektrik di kediaman mereka pada bila-bila masa dan di mana jua melalui aplikasi dan portal myTNB. Walau bagaimanapun, portal myTNB hanya boleh diakses oleh pemilik rumah yang berdaftar sahaja. Manakala aplikasi myTNB pula boleh diakses oleh penyewa mahupun pemilik rumah. Pendekatan ini boleh mengurangkan kebergantungan pada penggunaan kertas. Akses terhadap semua maklumat diperlukan secara digital melalui aplikasi myTNB ini.
Negara sedang beralih kepada pendekatan digital, di mana penggunaan kertas dan pen semakin berkurangan dalam aktiviti harian. Tenaga Nasional Berhad (TNB), selaku syarikat utiliti elektrik terulung di Malaysia, telah memperkenalkan Smart Meter untuk rakyat Malaysia. Sehingga kini, lebih 4 juta premis yang telah dipasang dengan Smart Meter berada di sebahagian kawasan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Ipoh, Putrajaya, Cyberjaya, Langkawi, Kuala Nerang, Melaka, dan Pulau Tenaga Hijau, Pulau Redang dan Pulau Tioman.
Keupayaan pemantauan profil data penggunaan bagi aplikasi myTNB
Semak bil semasa
Untuk fungsi semak bil semasa, ia terhad pada kediaman yang menggunakan Smart Meter daripada TNB. Jika anda masih menggunakan meter biasa atau konvensional, anda hanya mampu membuat semakan bil setelah TNB mengeluarkan bil rasmi secara bulanan. Untuk mengetahui status kediaman anda sama ada Smart Meter telah dipasang atau belum, anda boleh perhatikan pada senarai akaun TNB di aplikasi myTNB. Jika terdapat ikon kecil berwarna biru muda berserta kilat pada akaun tersebut, maka kediaman anda telah dipasang dengan Smart Meter.
Selain itu, jika bil bulanan semasa tidak dipaparkan (bil rasmi secara fizikal juga belum dihantar), ini bermakna meter anda masih lagi meter lama. Contohnya, anda menyemak aplikasi myTNB pada bulan Mac tetapi bil terkini pada graf tersebut ialah Februari. Dengan Smart Meter, anda boleh memantau penggunaan semasa walaupun bil bulanan rasmi belum dikeluarkan.
Kesimpulannya, dengan penyediaan maklumat tentang profil data penggunaan tenaga yang lebih tepat, pengguna dapat mengenal pasti peralatan atau aktiviti yang menggunakan tenaga elektrik buat masa itu di kediaman mereka.
Sumber: Advanced Metering Infrastructure (AMI)