Masih Ada Yang Berfikir Bahawa Jika Ada Duit, Semua Boleh Jadi
Sesiapa sahaja boleh membeli rumah walaupun bergaji kecil, asalkan bijak mengurus kewangan, dengan mengikuti beberapa panduan kewangan sebelum membuat pembelian
Kenyataan di atas secara amnya tidak salah. Namun, ia boleh mendatangkan salah faham. Kenyataan tersebut menekankan kepentingan duit. Ia sudah pun menjadi moto popular dalam kalangan masyarakat. Rata-rata dalam kalangan kita mementingkan gaji besar, bonus besar dan keuntungan besar. Siapa yang tidak mahu semua itu, bukan? Malah kita digalakkan untuk mengusahakan pendapatan yang baik untuk kehidupan yang selesa.
Namun begitu, oleh kerana pemahaman yang berat sebelah, kita sering terlupa akan kepentingan mengurus wang. Kita lebih mementingkan cara bagaimana mahu menjana wang. Kita fikir, dengan lebih banyak wang, kita boleh beli apa sahaja yang kita mahu — rumah, kereta mahupun percutian lima bintang.
Walau bagaimanapun, ada sahaja orang yang berduit tetapi keretanya ditarik atau rumahnya disita, dan ada orang yang kelihatan seperti tidak berduit tetapi rumahnya cantik dan selesa; siap boleh diwariskan lagi kepada anak cucu tanpa hutang.
Oleh itu, contohnya, sesiapa sahaja boleh membeli rumah walaupun bergaji kecil, asalkan bijak mengurus kewangan. Mari lihat contoh aplikasi ilmu pengurusan kewangan dalam pembelian rumah:
Nah! Dengan contoh pembelian rumah, bukan semua boleh jadi dengan duit kalau pengurusan kewangan tidak kukuh. Walaupun bergaji kecil, membeli dan mengekalkan pemilikan rumah, contohnya, tidaklah sukar jika ada kesungguhan dan disiplin untuk merancang kewangan dari awal.
Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)