Tanam Sendiri Lebih Jimat!
Salah satu perkara yang dapat membantu para pengguna di Malaysia menghadapi kesan tersebut ialah amalan berkebun sendiri
Hampir semua negara di dunia kini merasai kesan daripada harga makanan yang meningkat secara mendadak serta keadaan ekonomi yang tidak menentu. Justeru, salah satu perkara yang dapat membantu para pengguna di Malaysia menghadapi kesan tersebut ialah amalan berkebun sendiri.
Anda boleh cuba menanam sayur-sayuran dan buah-buahan yang anda sukai di halaman rumah anda. Penghuni rumah pangsa dan rumah teres yang tidak mempunyai kawasan bertanah boleh bercucuk tanam di dalam pasu atau beg poli (beg polietilena) di rumah masing-masing.
Malaysia ialah negara yang dikurniakan sumber tanah, cahaya matahari dan hujan yang banyak. Sumber-sumber ini amat diperlukan untuk bercucuk tanam di rumah. Dengan melakukan kerja yang sedikit sahaja, ia boleh mendatangkan hasil kepada anda dan keluarga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Kesimpulannya, menanam sendiri adalah lebih menjimatkan dan hasil
tanaman tersebut boleh menjana pendapatan jika dijual di pasar awam,
kedai runcit dan sebagainya. Hasil jualan tersebut boleh dijadikan sebagai
simpanan untuk kegunaan semasa kecemasan atau apabila diperlukan.
Sumber: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)