Adakah Anda Ikon Kewangan Keluarga Anda?
Untuk menjadi ikon kewangan keluarga, anda perlu menjadi seorang yang berdisiplin dalam mengurus kewangan keluarga
Sebut sahaja ikon kewangan pasti anda terbayang seseorang pempengaruh kewangan di media sosial yang bercerita tentang pengurusan kewangan keluarga atau seseorang hartawan yang mampu menyediakan kehidupan yang paling selesa untuk keluarganya. “Orang seperti kita yang bukan seorang pempengaruh apatah lagi hartawan tidak mungkin menjadi ikon kewangan keluarga.”
Pola pemikiran beginilah sebenarnya, antara lain, menyumbang kepada masalah perbelanjaan dan keberhutangan yang tidak terkawal. Walaupun kurang berkemampuan, perasaan mahu menunjukkan kehidupan mewah atau perasaan mahu memenuhi keinginan dan permintaan orang yang tersayang dan juga darah daging sendiri boleh mengaburi pertimbangan kita dalam mengatur kewangan secara bijak dan realistik. Lebih-lebih lagi apabila membayangkan wajah kekesalan kerana ‘menghampakan’ mereka.
Sudahnya, kita akan menggunakan segala sumber kewangan yang ada seperti wang simpanan (termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kad kredit, pinjaman (lebih parah jika meminjam daripada along), dan kemudahan lain seperti Buy Now Pay Later (BNPL). Malah, ada yang sanggup menggadai barang kemas atau menjual tanah. Semua ini semata-mata untuk ‘membahagiakan’ orang yang tersayang.
Kita tidak menyangkal bahawa pengorbanan tenaga dan wang untuk membahagiakan keluarga ialah satu tanggungjawab yang murni. Namun, apa sahaja yang pada mulanya baik boleh mendatangkan mudarat jika ia dilakukan secara berlebihan dan terikut-ikut dengan perasaan dan sentimen sosial ‘kayangan’.
Bolehkah anda menjadi ikon kewangan keluarga walaupun anda bukan seorang pempengaruh atau hartawan? Boleh, walaupun kewangan anda terhad, asalkan anda seorang yang berdisiplin dalam mengurus kewangan keluarga.
Jika anda dapat bertindak sedikit demi sedikit bermula dari ukuran pertama sehingga ukuran kelima, dinamik perhubungan anda dengan anak-anak dan keluarga akan berubah sama sekali. Luangkan sedikit masa untuk memikirkan apa yang anda boleh lakukan dengan lebih baik melalui ukuran seperti yang dinyatakan, kemudian fikir dan tuliskan rancangan anda. Bincangkan rancangan anda dengan isteri atau suami, termasuk anak-anak.
Dapatkan nasihat kewangan daripada sumber yang dipercayai (seperti penasihat kewangan AKPK3) untuk mengukuhkan lagi perancangan anda. Selamat membina a functional family, iaitu keluarga yang berjaya.
1Untuk maklumat lanjut tentang Program Pengurusan Kredit AKPK, layari tapak web AKPK di www.akpk.org.my.
2Panduan merancang kewangan untuk menerima cahaya mata ada dimuatkan dalam siri buku GROW yang baru sahaja diterbitkan oleh AKPK. Siri ini menampilkan watak yang bernama Roy, Ena, Uma and Adi dengan tabiat dan cabaran kewangan masing-masing. Dari siri pertama sehinggalah siri keempat (dalam empat buku), pembaca akan melihat bagaimana mereka mengurus situasi kewangan mereka dari zaman belia, berkerjaya, berkeluarga sehinggalah mereka bersara. Dapatkan keempat-empat siri GROW dengan menghubungi AKPK di ccd@akpk.org.my.
3Untuk mendapatkan nasihat kewangan secara percuma, buat janji temu dengan penasihat kewangan AKPK dengan melayari portal MyBijakKewangan di mybijakkewangan.akpk.org.my.
Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
bincan