Berikut merupakan beberapa langkah asas untuk membantu melindungi diri anda daripada AI scam.
Sebelum ini, kita telah pun membincangkan beberapa jenis AI scam (penipuan AI) serta cara untuk mengenal pasti hasil janaan AI. Kali ini, kita akan melihat bagaimana anda boleh melindungi diri daripada AI scam.
Sebenarnya, usaha mengelakkan diri daripada AI scam tidak akan berakhir kerana teknologi akan sentiasa berkembang dan bertambah maju. Jadi, scammer juga akan sentiasa mencari cara baharu untuk memperdaya mangsa. Walaupun begitu, anda boleh melindungi diri dengan mengikuti lima langkah asas ini: