Perlindungan Takaful Gadai Janji Untuk Pinjaman Perumahan: MRTT vs MLTT

Beli rumah perlu ambil perlindungan takaful? Mesti anda tertanya-tanya bukan, lebih-lebih lagi golongan muda yang baru atau berhasrat ingin membeli rumah pertama. Terdapat 2 jenis perlindungan takaful yang kebiasaanya ditawarkan kepada pembeli rumah untuk melindungi sesuatu yang bernilai.



Beli rumah perlu ambil perlindungan takaful? Mesti anda tertanya-tanya bukan, lebih-lebih lagi golongan muda yang baru atau berhasrat ingin membeli rumah pertama. 


Tidak ada istilah terlalu awal apabila memikirkan tentang pengambilan perlindungan takaful, walau apa jenis sekalipun! Ini memang cara yang paling terbaik, lebih-lebih lagi untuk melindungi sesuatu yang bernilai.


Namun, MRTT dan MLTT bukan saja untuk melindungi hartanah – tetapi lebih kepada melindungi anda dan juga mereka yang dicintai. Oleh itu, apakah maksud sebenar kedua-dua istilah ini?

1. Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurang (MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful)

Merupakan produk yang direka khas untuk menyediakan bantuan kewangan sekiranya terjadi kes kecacatan kekal atau kematian.

Contoh 1: Bagi kes kematian, MRTT bertindak untuk membayar baki jumlah pinjaman perumahan anda, ia akan dibayar terus kepada institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahan anda.

*Pembayaran untuk sumbangan Takaful dibuat sekaligus (lump-sum) pada masa pembelian, dan biasanya sebahagian atau jumlah penuh boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan yang dikira berdasarkan tempoh pinjaman perumahan.


Contoh 2: Bagi kes kecacatan kekal, ia akan memberikan jaringan keselamatan kewangan yang penting sekiranya terjadi hal-hal yang tidak diingini, seperti cacat kekal dan tidak dapat bekerja lagi.



2. Takaful Bertempoh Gadai Janji Mendatar (MLTT - Mortgage Level Term Takaful)

Memberikan jaminan kewangan* kepada keluarga anda, sekiranya terjadi kes kematian atau kecacatan kekal kepada anda. Jumlah yang dilindungi oleh MLTT akan kekal sepanjang tempoh pelan takaful diambil.


Jika terjadinya kes kematian atau kecacatan kekal, MLTT akan membayar baki pinjaman perumahan yang ada terus kepada institusi kewangan. Lebihan pampasan selepas membayar baki hutang perumahan pula akan diberi terus kepada penerima manfaat (beneficiary).


*MLTT ini bukan saja melindungi nilai pinjaman perumahan, tapi pada masa yang sama, menyediakan kewangan tambahan untuk keluarga dan yang tersayang.


Kepentingan Takaful Gadai Janji?

  • Dapat menyediakan jaringan keselamatan yang sangat berharga untuk orang tersayang sekiranya tuntutan berjaya dibuat.
  • Mengurangkan beban sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.


Apakah Kelebihan dan Kekurangan MRTT dan MLTT?


Kesimpulannya, FOMCA menyarankan supaya pengguna mengambil tahu mengenai perlindungan takaful yang bakal anda ambil. Sila teliti terma dan syarat sebelum anda bersetuju untuk mengambil perlindungan takaful tersebut. Malahan, FOMCA juga berharap agar pengguna dapat membuat semakan terlebih dahulu dengan wakil takaful mengenai perkara-perkara yang tidak jelas. Ini dapat membantu untuk mempertahankan hak-hak anda sebagai seorang pengguna sekiranya berlaku sebarang masalah atau salah faham.


Sumber: www.propertyguru.com.my


More from TAHUKAH ANDA?

Satu skim perkhidmatan yang membolehkan para pengguna membuat pembelian dengan membahagikan jumlah pembelian kepada bayaran ansuran bulanan, yang kebiasaannya mempunyai 0% faedah. Namun demikian, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang perlu diketahui oleh pengguna sebelum menggunakan perkhidmatan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL).