Tahukah anda, apabila kita dapat meningkatkan pengetahuan, kita mampu untuk bertindak balas menggunakan tenaga dengan lebih cekap, menyumbang ke arah kemampanan tenaga dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik.
Pembangunan yang semakin pesat serta perubahan aktiviti sosial berlaku secara meluas di seluruh dunia, termasuklah Malaysia yang mengakibatkan perubahan iklim yang semakin teruk. Antara masalah paling kritikal yang menyebabkan perubahan iklim adalah pelepasan gas rumah hijau yang berlebihan.
Salah satu inisiatif oleh kerajaan dalam meningkatkan kesedaran tentang pembelian kelengkapan cekap tenaga adalah melalui program Sustainability Achieved via Energy Effiency (SAVE). Artikel ini adalah untuk anda dapatkan maklumat lanjut mengenai program SAVE 3.0.
Ramai yang tidak menyedari bahawa penggunaan kelengkapan elektrik yang tiada kelulusan Suruhanjaya Tenaga (ST) atau berlabel SIRIM-ST adalah berisiko tinggi untuk digunakan. Justeru itu, apa yang perlu kita ketahui sebagai seorang pengguna yang bijak.